Tuesday, June 8, 2010

Selamat Datang Ke Blog IKATANPADU

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Saya mengalu-alukan anda semua ke blog Ikatan Perpaduan Rakyat Malaysia ataupun singkatannya Ikatanpadu yang merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah hampir setahun didaftarkan di Malaysia.

Secara umumnya Ikatanpadu menitikberatkan persoalan berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia yang mana perbincangan mengenai perkara ini tidak pernah terpisah daripada kehidupan kita sejak daripada dahulu lagi.

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 sehingga terjadinya rusuhan kaum dilihat sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda merupakan satu sejarah titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dan NGO serta badan politik namun ia persoalan berkaitan dengan perkauman sering kali tercetus sehingga kebimbangan akan berlakunya peristiwa 13 Mei akan berulang kembali.

Justeru perlu ada ruang perbincangan di antara kaum untuk mewujudkan rasa kesepakatan dan kebersamaan dan Ikatanpadu berusaha untuk mewujudkan suasana harmoni yang diimpikan oleh rakyat secara keseluruhannya.

Sekian

Presiden IKATANPADU

I welcome all of you to blog People's Unity Alliance of Malaysia or short Ikatanpadu is a Non-Governmental Organisations (NGOs) that have been registered in almost a year in Malaysia.

Ikatanpadu generally emphasize issues related to racial unity in Malaysia, where discussions on this matter has not been apart of our lives since time immemorial.

May 13 Incident in 1969 until the occurrence of race riots seen as the height of the problem of unity in Malaysia. This tragedy resulted in the loss of lives and property is a history of darkness in the history of the nation.

Although various attempts have been made by government and NGOs as well as political, but it questions of racism often broke up concerns the occurrence of an event May 13 will be repeated again.

Thus there must be discussion between the space to create a sense of unity and togetherness and Ikatanpadu strive to create harmony, the dream of the people as a whole.

Thank you

President IKATANPADU

0 comments:

Apa Itu IKATANPADU

Ikatan Perpaduan Rakyat Malaysia (IkatanPadu) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan secara rasmi pada 9 September 2009 (090909) bersamaan 19 Ramadhan 1430. Ia merupakan satu usaha oleh golongan anak muda Malaysia yang cintakan perpaduan dan keamanan untuk merealisasikan usaha menyatupadukan semua kaum di Malaysia.

Hubungi Kami

www.facebook.com/ikatanpadu atau ikatan_padu@yahoo.com.my

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP